PIALA ASIA
Piala Asia: Jual satu, kini dihujani tawaran motosikal
Rezeki tidak pernah salah alamat, itulah yang kini diraih penyokong fanatik Harimau Malaya, Derrick Gan, yang kini ditawarkan lebih lima buah motosikal susulan perjalanannya yang cukup mencuri tumpuan ke saingan Piala Asia Qatar.
Derrick mengambil keputusan untuk menjual motosikal miliknya yang bernilai RM4,500 bagi menampung perbelanjaan ke Qatar bagi memberikan sokongan kepada Harimau Malaya yang beraksi di Qatar.
Tangisan kegembiraan yang terpampang di kaca televisyen ketika Malaysia berjaya merekodkan keputusan 3-3 dan mengetahui pengorbannya yang dilakukan penyokong tersebut kini mendapatkan perhatian ramai.
Iklan
Sejurus tiba di lapangan terbang KLIA, dia menerima kejutan dihadiahkan sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan.
Menerusi MalaysiaGazette, Derrick memberitahu dia kini telah menerima lima pihak yang mahu memberikan motosikal kepadanya.
Ikuti Nadi Weekend jam 7.30 malam ini bagi bagi menyaksikan Derrick hadir sebagai tetamu rancangan di Astro Arena 801 dan Astro Go.Pengorbanan yang tidak ternilai ?Lepaskan satu, tapi yang datang lebih daripada satu ?Kita jumpa malam ni Derrick Gan!Yang lain, ade ke yang nak kongsi pengorbanan korang?#NadiWeekend #PialaAsia2023 #Malaysia pic.twitter.com/p9AG39ZtQO— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 28, 2024
Must-Watch Video