Penyerang Kyrgyzstan kelahiran Ghana, Joel Kojo, merupakan pemain yang bertanggungjawab membawa Indonesia layak ke pusingan 16 terbaik Piala Asia baru-baru ini.
Ini apabila Kojo berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit akhir ketika pasukannya berdepan Oman untuk mereka berkongsi satu mata.
Oman sepatutnya perlu menang untuk mereka layak ke pusingan seterusnya, namun gol itu menidakkan peluang Oman sekaligus memberi laluan buat Indonesia mara buat kali pertama dalam sejarah.
Perkara itu membuatkan peminat-peminat skuad Garuda berterima kasih kepada penyerang 26 tahun itu melalui media sosial.
Akaun milik Joel Kojo telah 'diserang' oleh netizen Indonesia hinggakan pengikutnya bertambah dari 10 ribu sebelum perlawanan itu berlangsung hingga 200 ribu pengikut dalam masa dua hari sahaja.
Kebanyakan warga Indonesia merasakan kejayaan Kojo itu adalah titik penting dalam memberi kejayaan kepada pasukan negara mereka.
Selepas ini, Indonesia akan berdepan Australia pada 28 Januari pada pukul 7.30 malam untuk merebut slot ke pusingan suku akhir dan anda boleh saksikannya secara langsung di saluran 803.

A goal that was celebrated in ?? Kyrgyz Republic and ?? Indonesia!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #KGZvOMA pic.twitter.com/2SNecbjKci
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 25, 2024
Oman sepatutnya perlu menang untuk mereka layak ke pusingan seterusnya, namun gol itu menidakkan peluang Oman sekaligus memberi laluan buat Indonesia mara buat kali pertama dalam sejarah.
Perkara itu membuatkan peminat-peminat skuad Garuda berterima kasih kepada penyerang 26 tahun itu melalui media sosial.
Akaun milik Joel Kojo telah 'diserang' oleh netizen Indonesia hinggakan pengikutnya bertambah dari 10 ribu sebelum perlawanan itu berlangsung hingga 200 ribu pengikut dalam masa dua hari sahaja.
Joel Kojo, the Kyrgyz ?? player who scored the goal that sent Indonesia ?? through to the knockouts, had around 10k followers before the game and now has 200k
— Ben Griffis (@BeGriffis) January 26, 2024
Indonesia definitely one of the most passionate football nations out there ? pic.twitter.com/5b89fNgILx