PIALA ASIA
Piala Asia: Jaringan yang mengecewakan Malaysia -- Matt Davies
Kapten Harimau Malaya, Matt Davies, ternyata gagal menahan perasaan apabila Malaysia ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Piala Asia apabila tewas 1-0 kepada Bahrain sebentar tadi.
Malaysia telah mempamerkan corak pemainan yang terbaik sepanjang perlawanan, namun 15 saat terakhir, detik yang paling mengecewakan pasukan serta seluruh penyokong yang menyaksikan Ali Madan berjaya menemui jalan untuk membolosi gawang skuad kebangsaan.
Perjuangan Harimau Malaya di pentas Piala Asia 2023 berakhir, tewas gol lewat permainan kepada Bahrain. @ASTROARENA pic.twitter.com/ZGRqqkZ1uc— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 20, 2024
Ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Davies berkata, "Jaringan saat akhir itu cukup mengecewakan. Kami telah berusaha sebaik mungkin sepanjang perlawanan sehingga kami dibolosi pada penghujugn permainan. Ia bukan salah sesiapa, namun keputusan ini amat mengecewakan seluruh pasukan.
Iklan
"Malaysia telah melakukan pertukaran dalam kesebelasan utama dan ia membuktikan kami mampu beraksi dengan cemerlang dengan mana-mana pemain yang dipilih untuk beraksi.
"Tersingkir daripada saingan Piala Asia ini cukup mengecewakan. Tiada apa yang boleh dielak ketika ini namun kami akan kembali fokus untuk perlawanan terakhir nanti."
Malaysia bakal melengkapkan saingan peringkat kumpulan apabila bertemu Republik Korea Khamis ini di Stadium Al-Janoub.
Must-Watch Video