PIALA ASIA

Piala Asia: Ini lapan pemain EPL yang akan beraksi di Qatar

Stadium Astro
Muzaffar Musa
07/01/2024
01:53 MYT
Sponsor Banner
Piala Asia: Ini lapan pemain EPL yang akan beraksi di Qatar
Kehangatan Piala Asia 2023 di Qatar kian terasa menjelang majlis pembukaan pada Jumaat ini.
Bagi meraikan kemeriahan kejohanan bola sepak terbesar di rantau Asia itu, kami di Stadium Astro menyenaraikan lapan pemain dari Liga Perdana Inggeris yang akan beraksi di Qatar bulan ini.
Brentford dan Wolves masing-masing memiliki dua pemain yang akan beraksi dalam edisi kali ini.
Pemain tengah Brentford, Saman Ghoddos, akan mewakili Iran manakala pertahanan muda, Kim Ji-soo, pula akan memperkuatkan skuad Korea Selatan.
Wolves pula akan diwakili penyerang meningkat naik Korea Selatan, Hwang Hee-chan, dan pemain naturalisasi Indonesia, Justin Hubner.
Bintang Arsenal, Takehiro Tomiyasu, akan mewakili Jepun di samping Wataru Endo (Liverpool) dan Kaoru Mitoma (Brighton).
Paling mencuri tumpuan sudah pasti bintang sensasi Tottenham, Son Heung-min, yang dijangka akan menjadi ancaman terbesar buat skuad negara ketika bertemu Korea Selatan dalam saingan Kumpulan E.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video