Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Hussein Ammouta puji semangat Jordan sepanjang saingan di Qatar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordan.jpg
Jordan terlepas peluang menjulang gelaran namun Hussein Ammouta hanya mengeluarkan kata-kata pujian dan semangat untuk barisan pemain selepas kekalahan mereka kepada Qatar pada final Piala Asia Qatar 2023 semalam.

Setelah mara ke perlawanan akhir dengan beberapa siri persembahan yang menggiurkan, Jordan gagal mengulangi prestasi tersebut menyaksikan Qatar merangkul kejuaraan kedua berturut-turut dengan kemenangan 3-1.

"Hanya ada kebanggaan besar dalam diri pemain saya kerana mereka mempunyai kejohanan yang hebat. Mereka bermain dengan sangat baik untuk membawa kami ke final," kata jurulatih pasukan, Ammouta.
 
“Bagaimanapun, persembahan kami pada separuh masa pertama (final) agak sukar kerana hantaran lintang kami, hantaran yang kurang menjadi. Kami cuba meningkatkan prestasi pada separuh masa kedua dan berjaya menyamakan kedudukan namun melepaskan dua sepakan penalti.
 
"Penalti menyukarkan tetapi pemain mencuba yang terbaik dan kami perlu menerima kesilapan akan berlaku dalam perlawanan."
 

Penyerang Qatar, Akram Afif menjaringkan hatrik menerusi sepakan penalti sementara Yazan Al-Naimat menjadi penjaring tunggal buat Jordan dalam aksi final.

Advertisement

Must Watch Video