Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Harimau Malaya kembali lonjak 4 anak tangga dalam ranking FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

421680613_1084727059267196_4608526196750495867_n-1.jpg
Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan ranking FIFA dengan melonjak sebanyak 4 anak tangga selepas perlawanan terakhir Piala Asia menentang Korea pada Khamis.

Perlawanan menarik yang berkesudahan dengan jaringan 3-3 itu memastikan Harimau Malaya berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata dan menyaksikan kedudukan kini berubah ke tangga 132 dunia.

Sebelum ini, kedudukan semasa ranking Harimau Malaya berada di tangga 136 selepas tewas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023.

Malaysia menamatkan kempen Piala Asia Qatar 2023 dengan kedudukan terakhir kumpulan E dengan satu mata selepas tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), manakala seri dengan Korea (3-3).
 

Sorotan perlawanan: Malaysia 3-3 Korea

Advertisement

Must Watch Video