Piala Asia: Gol saat akhir, drama penalti bawa Republik Korea ke suku akhir

Muzaffar Musa
Januari 31, 2024 09:42 MYT
ARAB SAUDI 1 REPUBIK KOREA 1
(Republik Korea ke suku akhir dengan menang penentuan penalti 4-2)
Jurgen Klinsmann mengatasi Roberto Mancini ketika Republik Korea mara ke suku akhir Piala Asia Qatar 2023 dengan menewaskan Arab Saudi dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Education City awal pagi tadi.
Korea meraih kemenangan 4-2 dalam penentuan penalti aksi pusingan 16 itu selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.
Kekalahan itu sudah pasti sukar diterima Mancini memandangkan Arab Saudi terlebih dahulu berada di depan menerusi penyudah Abdullah Radif pada minit ke-46.
Bagaimanapun, Chi Gue Sung menyamakan kedudukan buat Korea pada minit ke-99 untuk mengheret perlawanan itu ke masa tambahan dan penjaga gol Korea, Jo Hyeon-woo, mempamerkan aksi wira dengan menafikan sepakan Sami Al Naji dan Abdulrahman Ghareeb.
Hwang Hee-chan kemudian menyudahkan sepakan terakhir Korea untuk menghantar negaranya bertemu Australia dalam penentuan ke separuh akhir di Stadium Al Janoub pada Jumaat ini.

✨ ????????? ✨⁣⁣ ?? That is now 8 consecutive Quarter-Finals appearances for Korea Republic!#AsianCup2023 | #HayyaAsia pic.twitter.com/AyoTAnGXM5

— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Korea Selatan #Arab Saudi #Piala Asia Qatar
;