Supachai Chaided menjaringkan dua gol ketika Thailand menewaskan Republik Kyrgyzstan 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan F Piala Asia AFC Qatar semalam.
Setelah menyaksikan negara-negara -- Indonesia, Malaysia dan Vietnam -- mengalami kekalahan perlawanan pembukaan, Thailand mempamerkan aksi dominan untuk mengutip tiga mata di Stadium Abdullah Bin Khalifa.
Thailand mempamerkan permulaan cemerlang apabila berjaya menguasaikan corak permainan sementara bertindak sebagai pasukan yang lebih dominan, berjaya membuka jaringan pada minit ke-26, Bordin Phala yang melakukan gerakan dari sebelah sayap kiri sebelum melepaskan rembatan yang berjaya dinafikan Erzhan Tokotaev sebelum Supachai bingkas menyambar masuk bola ke gawang.
Berselang tiga minit selepas perlawanan bersambung di separuh masa kedua, Thailand berjaya menggandakan jaringan sekali lagi menerusi Supachai sekaligus merekodkan gol ketiga dalam saingan Piala Asia.
Pasukan Asia Tengah yang paling hampir untuk mengurangkan jurang adalah pada minit ke-52 menerusi Joel Kojo yang bagaimanapun meledakkan percubaannya dari jarak dekat melepasi palang ketika Thailand hanya mencatat kemenangan ketiga Piala Asia AFC.
Kemenangan Thailand itu menyaksikan mereka kini memperoleh momentum apabila bakal menentang Oman pada Ahad manakala Republik Kyrgyz mempunyai tugas sukar untuk bangkit menentang Arab Saudi pada hari yang sama.
Ammar Hakim
Tue Jan 16 2024