PIALA ASIA
Piala Asia B-23: Syahir Bashah anggap ketiadaan tonggak utama peluang untuk pemain lain menyerlah
Pemain tengah skuad B-23 negara, Muhamad Syahir Bin Bashah, mengakui bahawa ketiadaan tonggak utama seperti Mukhairi Ajman, Azam Azmi Murad, Nooa Laine dan Harith Haiqal menyukarkan pasukan untuk beraksi pada tahap terbaik mereka.
Sebelum ini skuad muda itu berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas pasukan India dalam aksi persahabatan yang berlangsung secara tertutup di Stadium Cheras, tempoh hari.
Dia menyeru rakan sepasukannya untuk menggunakan peluang beraksi dengan sebaiknya untuk mendapatkan kepercayaan ketua jurulatih, Juan Torres Garrido, sebelum berangkat ke Piala Asia Doha pada April nanti.
Iklan
"Kehilangan tonggak utama ada kesan besar pada pasukan tetapi saya rasa semua pemain telah memberikan yang terbaik.
"Tidak kira perlawanan menentang pasukan yang kuat ataupun tidak, setiap perlawanan amat penting untuk menambah keserasian kami dan meningkatkan keyakinan di atas padang.
"Saya rasa banyak perkara kami perlu perbaiki sebelum perlawanan sebenar. Jadi setiap perlawanan persahabatan kami akan berikan yang terbaik." katanya.
Must-Watch Video