Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-23: Malaysia diundi dalam Kumpulan D

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

draw-afc-cup-u23.jpg
Skuad B-23 negara bakal memulakan kempen pusingan akhir Piala Asia di Qatar dalam Kumpulan D  bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Skuad remaja negara kendalian Juan Torres Garrido yang diletakkan dalam balang empat di samping Tajikistan, China dan Indonesia akan menjalani proses undiannya pada hari ini.

Dan mereka bakal memulakan saingan Kumpulan D bertemu Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait dalam kejohanan bakal bakal berlangsung April tahun hadapan.

Untuk rekod, ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada 2018 dan 2022.

Skuad B-23 baru selesai berkumpul dan menjalani kem latihan pusat pertama di Wisma FAM, minggu ini.
   

Advertisement

Must Watch Video