Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-23: Malaysia bakal ubah pendekatan bertemu Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-b23-new.jpg
Dipaksa melewati langkah kiri dalam aksi pertama, ketua jurulatih skuad Malaysia, Juan Torres Garrido, dijangka bakal mempamerkan pendekatan berbeza menjelang aksi Piala Asia B-23 bertemu Vietnam. 

Garrido berniat untuk memperkenalkan pendekatan permainan yang lebih bersifat positif dan berharap ia akan meningkatkan peluang untuk Malaysia mara ke peringkat berikutnya.

“Perlawanan lalu, kami menghabiskan banyak masa bertahan kerana kami berdepan lawan yang berkualiti tetapi dalam perlawanan akan datang, kami perlu mengubahnya dan menjadi lebih berani,” kata Garrido.

“Perlawanan demi perlawanan, kami sentiasa cuba meningkatkan. Mungkin cara kami mahu menyerang, permainan kami perlu dipertingkatkan lagi.”

Aksi peringkat Kumpulan D antara Malaysia dan Vietnam bakal berlangsung pada jam 9 malam ini, saksikan di Astro Arena Bola (803) dan Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video