Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola

Saufi Tahir
April 18, 2024 23:16 MYT
Indonesia cemerlang melakar kemenangan 1-0 berdepan pasukan gergasi Asia, Australia, dalam saingan Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.
Australia berpeluang menghukum Indonesia pada awal separuh masa pertama selepas sepakan penalti diberikan pada minit ke 23 selepas bola terkena tangan Komang Teguh.
Tetapi penjaga gawang Indonesia kelahiran Semarang, Ernando Ari, berjaya menyelamatkan sepakan yang diambil oleh Mohamed Toure justeru menjadi pemangkin semangat buat skuad Garuda Muda untuk bangkit dengan jaringan tunggal Indonesia hadir pada minit ke 45 perlawanan melalui pemain pertahanan, Komang Teguh.

✨AFC U23 ASIAN CUP 2024 | Group A FT: Australia ?? 0️⃣ - 1️⃣ ?? Indonesia#AFC #AFCU23 pic.twitter.com/Ay2l5Uwuf3

— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan negara jiran itu mudah mematahkan serangan demi serangan yang diatur pasukan lawan.
Kemenangan itu sekaligus membuka peluang buat Indonesia melangkah ke peringkat seterusnya dengan kini berada pada kedudukan ke dua dalam Kumpulan A.
#Australia #Indonesia #Piala Asia B-23
;