Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-17: Vietnam kerja keras ikat Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vietnam.jpg
Vietnam yang turun dalam perlawanan kedua perlawanan Piala Asia 2024 B-17 dan berjaya mengikat juara bertahan Jepun 1-1 di Stadium Okadh, Arab Saudi, semalam. 

Dalam pertemuan itu, jaguh Asia iaitu Jepun berjaya meledak gol pertama hasil tandukkan Minato Yoshida pada minit ke-13 perlawanan untuk menembusi gawang Vietnam.

Skuad kendalian Cristiano Rocha Canedo yang berjaya mengikat Australia pada aksi pembukaan tidak mudah mengalah untuk melakukan serangan bertali arus ke kubu gawang gol Jepun.

Keputusan 1-0 itu kekal selama 90 minit perlawanan sebelum pengadil perlawanan Morteza Mansourian menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Vietnam ketika masa tambahan perlawanan.

Sepakan itu mudah disempurnakan penyerang gentian, Gia Bao Tran, untuk mengikat juara bertahan itu sehingga wisel penamat.

Vietnam akan menghitung perlawanan terakhir menentang United Arab Emirates untuk penentuan layak ke suku akhir Kejohanan Piala Asia B-17 nanti.

Advertisement

Must Watch Video