Skuad bola sepak Bawah 17 tahun negara berdepan laluan sukar dalam misi mara ke suku akhir kejuaraan Piala Asia B-17 apabila dibelasah Yaman, 4-0 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Thammasat, di Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Yaman hanya memerlukan 20 minit waktu permainan untuk menembusi gawang skuad Harimau Muda negara menerusi jaringan Abdul Rahman Al -Kadher.
Gol itu ternyata meningkatkan motivasi para pemain Yaman apabila meningkatkan asakan yang hasilnya dijelmakan jaringan Adel Abbas Qasem pada minit ke-32 untuk kedudukan 2-0 separuh masa pertama.
Skuad kendalian Osmera Omaro kembali dengan semangat baharu babak kedua berusaha kembali dalam permainan.
Bagaimanapun, Yaman yang tenang mengawal permainan akhirnya dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Anwar Hussein Al-Turaiqi pada minit ke-47.
Bolos tiga gol tidak menjejas tumpuan Harimau Muda yang berusaha menyaingi Yaman sebelum langkah pasukan dimatikan jaringan sendiri Adib Ibrahim yang tertampan bola ke gawang sendiri.
Keputusan itu menyaksikan Harimau Muda tidak mempunyai pilihan kecuali menang berdepan Thailand dan Laos dalam baki dua perlawanan.