Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B17: Layak Piala Dunia, Indonesia pasukan terbaik ASEAN mahu jadi juara!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indonesia.jpg
Skuad muda Indonesia terus menunjukkan kualiti persembahan terbaik apabila berjaya mengutip tiga kemenangan berturut-turut dalam kempen Piala Asia bawah 17 tahun (B17) di Arab Saudi, ketika ini.

Ini menyaksikan skuad kendalian Nova Arianto berhasil lolos ke suku akhir selepas menjadi juara Kumpulan C menewaskan Korea Selatan, Yemen dan Afghanistan untuk mengutip maksimum sembilan mata dalam kempen tersebut.

Sementara itu, Vietnam dan Thailand sebagai wakil Asia Tenggara (ASEAN) yang lain terpaksa akur dan harus pulang awal susulan gagal mengikuti jejak langkah Sang Garuda itu.

 

Ubi muda Indonesia itu akan bertemu naib juara Kumpulan D, selain sudah memasang angan-angan untuk menjadi juara kejohanan berbekalkan tonik semangat juang para pemain.

Untuk rekod, Indonesia sudahpun mengesahkan tempat dalam Piala Dunia B17 secara merit buat pertama kali dalam sejarah. 

Advertisement

Must Watch Video