Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-17: Korea Utara hantar Indonesia pulang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indonesia-vs-korea-utara.jpg
INDONESIA 0 KOREA UTARA 6 

Pasukan remaja Indonesia bolos enam gol untuk terkandas dalam suku akhir Piala Asia B-17 2025 selepas tumbang kepada Korea Utara di Jeddah, Arab Saudi, awal suku akhir. 


Korea Utara mendahului separuh masa pertama dengan 2-0 disusuli empat lagi gol dalam babak berikutnya bagi meranapkan impian anak buah Nova Arianto.

Justeru, Korea Utara akan menentang Uzbekistan yang menyingkirkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Skuad Garuda Muda mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan C -- menewaskan Korea Selatan 1-0, Yaman 4-1, dan Afghanistan 2-0 -- yang secara tidak langsung menjamin tempat mereka ke Piala Dunia B-17 2025 di Qatar pada November depan. 

 

Advertisement

Must Watch Video