MALAYSIA 2 INDIA 1

Skuad B-23 negara mengecapi kemenangan moral 2-1 ke atas seteru sebaya dari India dalam satu perlawanan persahabatan tertutup di Cheras, malam tadi.


Barisan kendalian Juan Torres Garrido itu yang sedang merencana taktikal ampuh untuk menghadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar meraih kemenangan menerusi jaringan T Saravanan pada minit ke-33 dan Alif Zikri (m-48) sebelum India mengurang defisit melalui Chingangbam Shivaldo Singh pada minit ke-77.

Kempen sebenar skuad remaja negara bermula menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April) bagi menghitung nasib melolosi Kumpulan D.