Piala Asia B-23: Ketiadaan Azam Azmi tidak gugat aksi Harimau Muda di Qatar
Saufi Tahir
April 1, 2024 20:41 MYT
April 1, 2024 20:41 MYT
Skuad Jurulatih Skuad B-23 tahun negara, Juan Torres Garrido menafikan ketiadaan tonggak pertahanan Muhammad Azam bin Azmi Murad merencatkan rencana dan perancangan pasukan walaupun dia mampu untuk memberikan impak dalam pasukan menjelang saingan saingan Piala Asia B-23 di Qatar.
Bagi dia persiapan selama dua minggu sudah cukup untuk melihat tahap kesediaan pasukan termasuk bakal mengadakan dua perlawanan persahabatan sebelum saingan itu bermula pada 15 April hingga 3 Mei nanti.
"Semestinya mempunyai kesan tanpa kelibat Azam Azmi, tetapi kami mempunyai pemain lain yang mampu untuk menggantikan dia, kami tetap akan mengatasi situasi tersebut.
"Buat masa ini R.Ruventhiran, Richard Chin dan Rahadiazli mengalami kecederaan." katanya.
Dalam pada itu, kapten pasukan skuad B-23, Mukhairi Ajmal, berasakan semua pemain telah berjaya memberikan aksi terbaik dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.
Malah, persaingan yang sihat juga dilihat positif memandangkan semua pemain berusaha untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama.
"Semua persiapan berjalan dengan baik dan saya rasa pemain menunjukkan aksi yang positif dalam perlawanan persahabatan menentang India sebelum ini.
"Saya harap kami dapat kekalkan momentum dan prestasi menjelang perlawanan akan datang nanti.
"Semua pemain bertungkus lumus untuk merebut tempat kerana bukan mudah untuk berada dalam kesebelasan utama dan saya ini persaingan ini sangat sihat." katanya.