Perlawanan itu bakal disiarkan secara langsung pada esok dengan pra rancangan bermula jam 11.00 malam, disusuli sepak mula setengah jam kemudian di saluran Arena Bola 803HD.
Anda semua akan ditemani Keesh 'Mat Stats' sebagai hos manakala Zaquan Adha dan S. Subramaniam bakal membuat penampilan selaku tetamu khas.
Biarpun Malaysia telah sah gagal untuk mara ke pusingan kalah mati, namun skuad negara sudah pasti bakal tampil dengan misi untuk tidak pulang tangan kosong, tentunya tiga mata setidak-tidaknya mampu mengubat kekecewaan seluruh rakyat Malaysia.
Carta Kedudukan Kumpulan D, Piala Asia B-23 2024
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 20, 2024
* Selepas Hari Perlawanan 2
MALAYSIA B-23 ?? 0-2 ?? VIETNAM B-23
KUWAIT B-23 ?? 0-5 ?? UZBEKISTAN B-23
▶️ Seterusnya Malaysia B-23 akan bertemu Kuwait B-23 pada Selasa, 23 April 2024#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/LLRAbxjI4c
Begitu juga dengan pasukan lawan, Kuwait juga ketandusan kemenangan selepas dua perlawanan, namun sekurang-kurangnya penyokong mereka dapat bersorak pada perlawanan pertama apabila Al-Awadi berjaya menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti.
Ayuh semua rakyat Malaysia kita berikan sokongan kepada skuad bawah 23 tahun negara yang bakal berjuang demi negara pada esok.
Demi Malaysia!