Piala Asia B-23: Harimau Muda segak berbaju Melayu di Qatar
Saufi Tahir
April 11, 2024 11:46 MYT
April 11, 2024 11:46 MYT
Walaupun Skuad B-23 negara jauh di tanah Qatar untuk menjalani latihan sebagai persediaan menjelang kempen Piala Asia B-23 nanti, mereka tetap segak bergaya pada 1 Syawal untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Jakel Taja Baju Raya Skuad Harimau Malaya B-23 Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, syarikat tekstil gergasi termuka negara, @JakelTextile telah menaja baju raya skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido yang kini berada di Doha, Qatar. pic.twitter.com/iKUEKyedFD
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semua baju yang dipakai oleh skuad Harimau Muda ditaja oleh syarikat tekstil negara, Jakel.
Dengan misi untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir, pasukan kendalian Juan Torres Gariddo itu mahu merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang ditawarkan dalam kejohanan tersebut.