Walaupun Skuad B-23 negara jauh di tanah Qatar untuk menjalani latihan sebagai persediaan menjelang kempen Piala Asia B-23 nanti, mereka tetap segak bergaya pada 1 Syawal untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Semua baju yang dipakai oleh skuad Harimau Muda ditaja oleh syarikat tekstil negara, Jakel.

Dengan misi untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir, pasukan kendalian Juan Torres Gariddo itu mahu merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang ditawarkan dalam kejohanan tersebut.