BOLA SEPAK
Piala Asia 2023: Malaysia diundi bersama Korea Selatan dalam Kumpulan E
Korea Selatan, Bahrain dan Jordan bakal menjadi halangan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan E Piala Asia yang bakal berlangsung awal tahun depan.
24 pasukan dibahagikan kepada empat pot berdasarkan kedudukan semasa Kelayakan Piala Asia tempoh hari.
Dalam undian yang dijalankan sebentar tadi, Malaysia berada dalam Kumpulan E pada kedudukan kedua (E2) hasil undian daripada pot 4.
Iklan
Dalam saingan yang bakal berlangsung pada 12 Januari tahun depan, Malaysia, yang memperoleh kelayakan ke saingan pentas terbaik kejohanan bola sepak Asia, bakal turun bertemu Korea Selatan dalam aksi pertama.
Perlawanan bertemu Jordan dan Bahrain menyusul dalam usaha skuad kendalian Kim Pan-gon untuk mencipta kejutan mara ke pusingan kedua saingan.
Negara-negara jiran yang turut beraksi dalam saingan Piala Asia, Indonesia bakal bertemu musuh dari rantau Asia Tenggara, Vietnam apabila mereka diundi dalam Kumpulan D malah bakal bertemu Jepun serta Iraq.
Thailand yang diundi dalam Kumpulan F bakal bertemu lawan yang menundukkan Argentina di pentas Piala Dunia, Arab Saudi.
Malaysia melewati prestasi yang cukup memberangsangkan apabila mencatatkan kemenangan dalam dua aksi terakhir menentang Turkmenistan dan juga Hong Kong pada bulan Mac lalu.2023 AFC Asian Cup QatarDRAW RESULTS----------#AsianCup2023 pic.twitter.com/DeGOXhA1Px— ASEAN Football News (@theafndotcom) May 11, 2023
Dua aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan Harimau Malaya menang ke atas Hong Kong dengan jaringan 2-0 sementara membenam Turkmenistan dengan keputusan 1-0.
Must-Watch Video