Piala ASEAN Mitsubishi Electric: Kuching City sedia lepaskan 2 tonggak, satu lagi pemain kekal

Shaiful Shamsudin
November 22, 2024 17:05 MYT
Kuching City menyahut panggilan negara apabila sedia melepaskan mana-mana pemain yang terpilih mewakili Harimau Malaya ke Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024, bulan depan, walaupun saingan Liga Malaysia (Liga-M) tetap berjalan.
Ia membabitkan kempen Unifi Piala Malaysia dan Liga Super, pengendali The Cats, Aidil Sharin Sahak, sudah dihubungi oleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya berhubung pemilihan pemainnya ke kejohanan berkenaan.
Daniel Amier Norhisham, Jimmy Raymond dan Ramadhan Saifullah Usman antara tiga pemain Kuching City yang menyerlah ketika ini dan tampak berpotensi besar untuk dipanggil ke kem latihan pusat skuad negara menjelang kejohanan itu.
"Tiga pemain disenaraikan dan dua daripada mendapat sokongan dan (khidmat) seorang lagi pemain saya (tidak dilepaskan) berhubung posisi yang kami buru pada musim ini.
"Dua pemain ini 100 peratus menerima sokongan daripada kami (untuk dilepaskan) kepada pasukan kebangsaan. Kami mahu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.
"Cuma salah satu daripadanya belum bersedia atas alasan kami sendiri, kami sentiasa cuba salurkan bantuan kepada pasukan kebangsaan," kata jurulatih dari Singapura itu.
#Kuching City #Piala ASEAN Mitsubishi Electric #Unifi Piala Malaysia
;