Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Yaman uji Harimau Malaya sebelum kejohanan?
Najmi Iman
November 21, 2024 14:06 MYT
November 21, 2024 14:06 MYT
Harimau Malaya dan Yaman kelihatan bakal bertemu buat kali pertama sejak 2014 menerusi satu perlawanan persahabatan tahun ini.
Pertembungan bersama pasukan di ranking ke-154 itu bakal dijadikan sebagai persiapan skuad negara menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 bulan depan.
Yaman bakal bertandang ke Malaysia untuk menjalani kem latihan pusat di sini sebelum terbang ke Kuwait untuk menyertai Piala Teluk Arab edisi ke-26 pada21 Disember hingga 3 Januari depan.
???? To gear up for the ASEAN Championship 2024, the Malaysian National Team is planning a friendly match against Yemen. Yemen is currently on a training camp in Malaysia, preparing for the upcoming 26th Arabian Gulf Cup.#FAM pic.twitter.com/MbRI16xR7Z
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan berita itu.