PIALA ASEAN

Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Jadual, siaran langsung & live streaming aksi pasukan Malaysia

Stadium Astro
Afiq Azfar
06/12/2024
04:04 MYT
Sponsor Banner
Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Jadual, siaran langsung & live streaming aksi pasukan Malaysia
Harimau Malaya bakal memulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 (dahulu dikenali sebagai Piala AFF) pada 8 Disember 2024 ini bagi misi merampas kembali kejuaraan yang diraih pada tahun 2010.
Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama-sama juara 7 kali Thailand, Singapura, Cambodia, dan Timor Leste manakala kumpulan B terdiri daripada pasukan Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines, dan Vietnam.
Skuad kendalian Pau Marti itu akan terbang ke Phnom Penh bagi aksi pertama menentang Kemboja pada Ahad, 8 Disember 2024 sebelum aksi di tempat sendiri menentang Timor Leste.
Bagi perlawanan ketiga kumpulan, Harimau Malaya akan ke Bangkok untuk menentang Thailand sebelum kembali ke Bukit Jalil bagi aksi akhir kumpulan menentang Singapura.
Sekiranya Harimau Malaya berjaya layak ke saingan separuh akhir sebagai juara atau naib juara kumpulan A, perlawanan secara timbal balik akan diadakan, begitu juga bagi aksi perlawanan akhir.

Siaran Langsung & Live Streaming: Kemboja vs Malaysia (Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024)

Tarikh: 8 Disember 2024 (Ahad) Masa: 6:45 petang Saluran: Astro Arena 801, Astro GO, dan sooka Venue: Stadium Olimpik Phnom Penh

Siaran Langsung & Live Streaming: Malaysia vs Timor Leste (Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024)

Tarikh: 11 Disember 2024 (Rabu) Masa: 9 malam Saluran: Astro Arena 801, Astro GO, dan sooka Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil

Siaran Langsung & Live Streaming: Thailand vs Malaysia (Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024)

Tarikh: 14 Disember 2024 (Sabtu) Masa: 9 malam Saluran: Astro Arena 801, Astro GO, dan sooka Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok

Siaran Langsung & Live Streaming: Malaysia vs Singapura (Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024)

Tarikh: 20 Disember 2024 (Jumaat) Masa: 9 malam Saluran: Astro Arena 803, Astro GO, dan sooka Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Topic Berkaitan
Must-Watch Video