Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Faisal Halim masih relevan untuk dipanggil -- Pemerhati Sukan
Zaki Zainal
November 27, 2024 19:44 MYT
November 27, 2024 19:44 MYT
Skuad bola sepak negara bakal menghantar skuad kedua ke Piala ASEAN, yang membawa kepada kemungkinan tiadanya pemain utama dari skuad Johor Darul Takzim (JDT) selain pertimbangan melibatkan pasukan lain sedang berlaku.
Ia sudah dijangka, beberapa perkara yang berlaku ketika persediaan akhir skuad kebangsaan tempoh hari umpama 'signal' jelas, keperluan sebenar Pau Marti di Piala ASEAN nant.
Tiada pemain utama dari kelab Johor Darul Takzim (JDT) selain fasa berunding sedang berlaku melibatkan pemain utama dari beberapa kelab yang lain seperti Selangor, Terengganu dan Kuala lumpur.
Dalam tempoh 48 jam, senarai akhir ke Piala ASEAN bakal di keluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Nama Faisal Halim ada dlm senarai 50 pemain. Jika pemain utama dari JDT dan Selangor tiada dalam list akhir ke Piala Asean yang akan di umum dalam masa terdekat, FH masih mampu jadi ‘abang besar’ dalam padang mahupun di bilik persalinan.Setuju atau tidak ?@ASTROARENA pic.twitter.com/bWRFp6NQk3
— FinaNasrom (@fnasrom) November 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hakikat yang perlu di terima semua pihak, Malaysia tidak akan menghantar skuad terbaik kali ini.
Difahamkan campuran pemain senior dan bawah 23 tahun sedang dipertimbangkan dan kepakaran ketua jurulatih Pau Marti dalam menentukan keperluan pemain mana yang sesuai untuk dibawa ke Piala ASEAN nanti.
Bagi pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri dia berharap bahawa pebincangan ini berjalan dengan lancar buat memberi laluan kepada kem negara di Piala AFF 2024.
"Saya juga mengharapkan perbincangan ini berjalan dengan baik dan lancar.
"Boleh dibenarkan, boleh dipakai para pemain utama dan lebih penting mahu seimbangkan pemain utama dengan pemain B-23 tahun dan juga pemain B-19 tahun yang digabungkan menjadikan gabungan ini kepada satu pasukan.
"Saya jangkakan itu yang akan berlaku dan pada masa yang sama bukan setakat pasukan Selangor, JDT malahan Terengganu, KL City yang memiliki pemain bawah 23 tahun.
"Dan pemain utama yang dapat dilepaskan secara terbuka untuk membantu pasukan Malaysia sendiri dalam AFF.
Jika tiada pemain utama mengisi keperluan pentas Piala ASEAN, jadi siapa ‘abang besar’ yang mampu memikul tanggungjawab di dalam padang mahupun di bilik persalinan?
Nama Faisal Halim masih relevan bagi Asmawi.
Mungkin kapasitinya untuk mengisi keperluan pemain utama masih belum di tahap optimum, namun semangat dan nama yang ada pada Faisal Halim masih sinonim buat skuad kebangsaan.
'Untuk kejohanan ini Faisal Halim masih relevan untuk dipanggil dan diberi peluang dalam skuad negara.
"Saya bersetuju dalam tempoh ini kerana kita lihat di kelab pun dia bergelut untuk mendapatkan tempat serta mendapatkan semula kecergasannya.
"Untuk dipanggil Faisal ini ke kem negara bagi saya tiada masalah.
"Untuk perjalanan dan laluan pertandingan ini cara permainan 'home-away' dengan tempoh masa ini jika Faisal di panggil pun tiada masalah kerana faktor pengalaman yang ada pada Faisal dengan usaha menggabungkan pemain bawah 23 tahun saya rasa ianya seimbang untuk Faisal dipanggil nanti.