Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperkenalkan Piala ASEAN yang melibatkan 11 negara Asia Tenggara sebagai suntikan semangat baru dan simbol penyatuan negara-negara serantau.
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menyambut baik cadangan itu dengan harapan negara asean lain juga mengambil peluang supaya kejohanan ini dapat direalisasikan secepat mungkin.
"Akan ada beberapa siri pertemuan atau perbincangan terhadap negara-negara yang terlibat untuk memastikan idea ini dapat diterjemahkan.
"Sekarang, ini hanya di peringkat cadangan. Harapnya negara-negara ASEAN yang lain akan mengambil perkara ini sebagai satu peluang untuk mewujudkan satu lagi kejohanan berintensiti tinggi.
"Saya berpendapat, pertandingan ini lebih kepada pendedahan untuk memberi lebih banyak perlawanan pada masa akan datang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Yusoff juga menjangkakan pertandingan itu dapat memberi lebih banyak perlawanan kompetitif buat Harimau Malaya ditambah penganjuran Piala AFF seperti dwitahunan sebelum ini.
"Ia juga memberi banyak peluang kepada pemain untuk mengambil bahagian.
"Ada dua kejohanan di peringkat ASEAN, satu peluang terbaik untuk semua pemain," tambahnya di Nadi Arena.
Level Up Game Anda

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda
Dengan kasut bola Nike Phantom 6 Low Pro, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.
Level Up Game Anda