Skip to main content

Bola Sepak

Piala Arab FIFA 2021: Qatar lancar tiga stadium baru menjelang Piala Dunia 2022

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

piala-arab.jpg
Tuan rumah, Qatar, akan melancarkan tiga stadium baru dalam Piala Arab FIFA 2021, November depan sebagai menggambarkan persediaan mereka dalam menganjurkan Piala Dunia FIFA tahun depan.

Edisi ke-10 Piala Negara-Negara Arab yang dijenamakan semula itu akan dianjurkan di enam venue berbeza bagi memberikan peluang buat peminat menghadiri lebih daripada satu perlawanan peringkat kumpulan dalam sehari.

Stadium Al Bayt, Stadium Al Thumama dan Stadium Ras Abu Aboud -- kesemuanya dibina bagi penganjuran Piala Dunia 2022 -- akan dilancarkan dalam kejohanan itu sambil tiga lagi stadium sedia ada, iaitu Stadium Al Janoub, Stadium Education City dan Stadium Ahmad Bin Ali, yang terlebih dahulu dirasmikan sebagai venue Qatar 2022, akan turut meraikan kedatangan 16 pasukan bola sepak terunggul negara-negara Arab dari 30 November hingga 18 Disember depan.



Stadium Al Bayt, yang diinspirasikan daripada khemah tradisional Arab, akan menjadi venue perlawanan pembukaan di antara pasukan tuan rumah, Qatar, dan Bahrian selain perlawanan akhir

Stadium Al Thumama, yang dibina berdasarkan sarung tangan tradisional arab, dan Stadium Ras Abu Aboud, yang menjadi venue Piala Dunia pertama akan dirobohkan sepenuhnya bagu tujuan penggunaan lain selepas kejohanan itu, akan menjadi dua lagi stadium baru yang akan dilancarkan dan diuji dalam Piala Arab 2021.

Stadium Ahmad Bin Ali, Stadium Education City dan Stadium Al Janoub, yang turut dibina bagi penganjuran Piala Dunia 2022, akan melengkapkan senarai enam stadium terbaik sepanjang berlangsungnya kejohanan negara teluk berkenaan.








 

Advertisement

Must Watch Video