Vietnam melebur kemarau 27 tahun apabila berjaya merakamkan kemenangan pertama ke atas Thailand di laman sendiri menerusi kemenangan 2-1 dalam aksi final pertama Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) sebentar tadi.

Vietnam telah bertemu Thailand 29 kali di peringkat antarabangsa, merekodkan tiga kemenangan, lapan seri dan 18 tewas.

Dan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh National yang dihadiri lebih 40,000 penyokong, mereka berjaya memperoleh kemenangan pertama ke atas Thailand dalam tempoh 27 tahun.

Selepas seri tanpa jaringan dalam separuh masa kedua, Vietnam berjaya memastikan mereka meledak dua gol dalam separuh masa kedua menerusi Nguyen Xuan Son, gol pertama terhasil menerusi tandukan yang cukup kencang sebelum gerakan solo pemain itu dari bahagian tengah padang untuk menggandakan kelebihan Vietnam.

Ketika perlawanan menuju penamat, Thailand, yang bakal kembali ke Stadium Rajamangala bagi aksi final kedua, berjaya mendapatkan gol sekaligus mengurangkan defisit jaringan hasil tandukan Chalermsak Aukkee.

Perlawanan tamat dengan keputusan 2-1 memihak Vietnam, dan kedua-dua pasukan akan kembali beraksi 5 Januari ini bagi aksi final kedua.