Piala AMEC: Wan Kuzain terkejut lihat aksi mantap Singapura singkir Harimau Malaya

Saufi Tahir
Disember 20, 2024 23:35 MYT
Pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Ahmad, terkejut melihat kawalan bola yang dipamerkan Singapura ketika menyingkirkan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, sebentar tadi.
Pemain berusia 26 tahun itu hadir menyaksikan perlawanan skuad kebangsaan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan Singapura mara ke separuh akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.

Halftime Thoughts? pic.twitter.com/1R3ZCFC5LZ

— Wan Kuzain (@LeKuz7) December 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, pemain itu dilihat berada di sebuah pusat beli belah di tanah air dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menjelaskan pemain St. Louise City II di Major League Soccer (MLS) Next Pro itu dalam keadaan bersedia untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Carta Kedudukan Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 * Selepas Hari Perlawanan 5 pada Jumaat, 20 Disember 2024 MALAYSIA ?? 0-0 ?? SINGAPURA THAILAND ?? 3-2 ?? KEMBOJA ▶️ Thailand & Singapura layak ke separuh akhir#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/2TdU184zA1

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Harimau Malaya #Wan Kuzain #Piala AMEC
;