Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Tiada siapa yang lebih kecewa berbanding dirinya, reaksi Pau Marti terhadap Haziq Nadzli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pau-marti.jpg
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana individu tertentu meskipun bukan keputusan yang diingini dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, semalam.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu tetap memuji kecemerlangan penjaga gol Perak, Haziq Nadzli, sepanjang perlawanan kerana kerap menyelamatkan gawang daripada dibolosi sehinggalah berdepan kesilapan sendiri.

"Kesilapan penjaga gol sentiasa akan dihukum. Haziq tetap melakukan persembahan memukau tatkala tiada siapa yang lebih kecewa daripadanya.

 

"Kami tidak mahu menyalahkan keputusan tersebut hanya disebabkan kesalahan seorang pemain. Semua pemain juga pernah membuat kesilapan," katanya selepas perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video