Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Tandukan padu, penjaga gol tewas, tapi salah jaring

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah-jaring.jpg
Sukar diterima akal tetapi itulah yang berlaku ketika perlawanan Kumpulan B, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di antara Laos dan Filipina di Stadium Nasional Baru Laos malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, pemain tengah Filipina, Michael Baldisimo, melakukan tandukan padu selepas menerima bola daripada sepakan penjuru pemain Laos yang tepat masuk ke gawang sendiri pada minit ke-34.

Mujur Sandro Reyes kemudian menjaringkan gol penyamaan buat the Azkals pada minit ke-77.

Jaringan itu menarik perhatian ramai dan dikongsikan ASEAN United FC dengan kapsyen: "Tandukan padu, penjaga gol tewas, salah jaring."
 
 

Advertisement

Must Watch Video