Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Syamer Kutty, Dominic Tan, Syafiq Ahmad galas kapten Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kapten-hm.jpg
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, menamakan Syamer Kutty Abba, Dominic Tan dan Syafiq Ahmad selaku ketua pasukan yang akan menggalas cabaran negara di Kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 nanti.

Tonggak utama Penang, Syamer Kutty, telah mengumpul 38 kaps sepanjang bersama skuad senior negara dengan telah menjaringkan dua gol sejak 2017.






Manakala, kehadiran pemain pengalaman Dominic Tan - 33 kaps- di benteng pertahanan bersama Syafiq Ahmad -41 kaps dan 10 jaringan- semestinya akan menjadi gabungan terbaik buat skuad negara dalam memberikan cabaran di kejohanan dwitahunan itu nanti.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara kejohanan itu adalah pada edisi 2010 ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal selepas menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2 dengan Safiq Rahim merupakan kapten pasukan ketika itu.





 

Advertisement

Must Watch Video