Piala AMEC: Sergio Aguero tidak kekok beri Harimau Malaya 'tonik tambahan' dalam bilik persalinan
Saufi Tahir
Disember 17, 2024 19:29 MYT
Disember 17, 2024 19:29 MYT
Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero, tidak berasa kekok dalam membantu meningkatkan motivasi pasukan sebelum masuk ke dalam padang semasa mewakili negara di kempen Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) 2024.
Aguero beranggapan ianya merupakan perkara yang biasa berlaku ketika bersama dengan Sri Pahang, tetapi kali pertama untuk skuad kebangsaan perkara itu menerbitkan satu perasaan yang amat berbeza.
Jika perlu, pemain berusia 30 tahun itu tidak teragak-agak untuk sekali lagi menawarkan diri untuk membuat perkara sama sebelum aksi terakhir saingan peringkat Kumpulan A berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat ini.
Teruskan berjuang, Harimau Malaya! ?? Perlawanan Seterusnya ⏩️ ? Jumaat, 20 Disember 2024 ⚽️ MALAYSIA ?? ?️ ?? SINGAPURA ? 9:00 malam ? Stadium Nasional, Bukit Jalil ? Dapatkan tiket sekarang di https://t.co/QN0mlnIy4i#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/pE18y9dawo
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Di Sri Pahang saya sentiasa melakukan itu banyak kali, saya rasa pasukan perlukan itu dan ketika itu emosi itu datang.
"Saya meminta kepada kapten untuk melakukan (ucapan) sebelum perlawanan bermula, saya rasa dapat berikan sedikit motivasi buat mereka," katanya.
Aguero yakin tiada jalan mudah buat Singapura di SNBJ, walaupun ramai berpendapat skuad kendalian Tsutomu Ogura itu bakal turun dengan kelebihan beberapa pemain mereka yang memiliki pengalaman beraksi dalam saingan liga domestik Malaysia.
4,138 TIKET TELAH TERJUAL! 3️⃣ hari lagi menjelang aksi terakhir Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat ini. Dapatkan tiket di https://t.co/QN0mlnIy4i sekarang!#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/pEvsdtnnJ1
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hari ini barisan jurulatih dan teknologi sudah mengetahui pasukan lawan, tetapi seperti saya kata jika kita beraksi sama seperti ketika berdepan Thailand kita akan menang." tambahnya.