BOLA SEPAK MSIA

Piala AMEC: Sergio Aguero sedia galas peranan mana-mana posisi

Shaiful Shamsudin 02/12/2024 | 10:26 MYT
Tonggak serba boleh Sri Pahang, Sergio Aguero, sedia memikul tanggungjawab selaku sandaran utama selepas dipanggil menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala AMEC 2024.
Aguero -- yang merupakan antara pemain senior prolifik yang dipanggil memperkuatkan jentera serangan dan secara terbuka -- menawarkan elemen nilai tambah dalam kualiti permainannya apabila memberi kebebasan kepada Pau Marti Vicente untuk merencana taktikal terbaik buat dirinya dan skuad negara.
Menambah keterujaan Aguero, senario yang dilalui skuad negara ketika ini bagaikan 'deja vu' selepas turut beraksi dalam kejohanan sama beberapa musim lalu tanpa pemain utama pada ketika itu.
Situasi ini menyuntik keyakinan buat Aguero lebih memahami tuntutan dirinya dalam kem latihan kelak.
Meskipun menyedari, kebarangkalian dirinya akan dikerah sebagai pemain tengah, pemain naturalisasi itu terbuka untuk membentuk kerjasama di samping Syamer Kutty Abba dan Endrick dos Santos andai ia memberi dimensi baru dalam permainan Harimau Malaya.
"Saya bersikap positif sekiranya jurulatih ingin menggunakan saya sebagai penyerang.
"Saya juga bermain di sayap., Saya mampu menyesuaikan di mana-mana posisi dan ia satu kelebihan buat saya.
"Kami memahami ketiadaan tonggak utama yang mempunyai kejohanan penting.
"Namun, kami masih mempunyai pasukan dan pemain yang bagus yang sedia untuk berjuang. Kami berhasrat membawa pulang trofi ini.
"Saya hanya melakukan yang terbaik, tidak terlintas untuk bertindak sebagai pemimpin," katanya selepas menyingkirkan Selangor dalam Unifi Piala Malaysia di Stadium MBPJ malam tadi.
#Harimau Malaya #Piala ASEAN #Piala AMEC
;