Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Seharusnya layak ke separuh akhir, Erick Thohir sedia nilai prestasi Shin Tae-yong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erickthohir.jpg
Kekalahan Indonesia kepada Filipina dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 memberi tamparan khas buat peminat tempatan dan juga Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI). 

Jaringan Bjorn Kristensen sudah cukup menyingkirkan Sang Garuda daripada kejohanan tersebut, sekali gus gagal layak ke separuh akhir seperti yang di jangka. 

Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, jelas kecewa dengan pencapaian tersebut yang tidak bersesuaian dengan harapannya meskipun menurunkan pemain muda. 

"Saya mahu mereka menang mudah lawan Myanmar, Laos dan Filipina. Tidak mengapa jika tewas kepada Vietnam kerana mereka menurunkan pemain senior.

 

"Sekiranya layak ke separuh akhir lalu tewas, itu tidak mengapa. Kerana saya yakin pemain sudah memberikan yang terbaik," ujarnya kepada media tempatan Indonesia.

"Seharusnya Shin Tae-yong harus membawa pasukan ini lolos ke separuh akhir. Kami akan melakukan penilaian terhadapnya berdasarkan prestasi terkini skuad kebangsaan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video