Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Prestasi anak buah Pau Marti mula kembalikan keyakinan penyokong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jimmy-raymond.jpg
Skuad bola sepak kebangsaan kembali memikat hati penyokong berpandukan kepada persembahan bertemu juara bertahan, Thailand, di Stadium Rajamangala.

Ia selepas kemampuan Harimau Malaya diperkecilkan berikutan gagal menundukkan Kemboja selain terpaksa berhempas-pulas ketika menafikan Timor-Leste. 

Walaupun perancangan untuk menghadapi saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 tanpa perancangan yang tersusun dan berdepan kekangan masa persiapan, aksi yang diperagakan anak buah Pau Marti Vicente tersebut malam tadi wajarnya mendapat reaksi positif.



Pemain mentah pengalaman antarabangsa seperti Jimmy Raymond, Adib Ra'op dan Fazrul Amir Zaman antara yang semakin mencuri tumpuan selepas dilihat semakin berani mengawal bola dan membuka ruang.








Skuad negara bakal menempuh ujian terakhir peringkat Kumpulan A menantikan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat depan bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video