Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Pemain naturalisasi Vietnam pamer taring

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nguyen.jpg
Aksi pemain naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, mencuri tumpuan selepas menjaringkan dua gol penting yang memacu kemenangan Vietnam mengatasi Thailand dalam perlawanan  final pertama Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC), malam tadi. 

Pemain kelahiran Brazil itu memanfaatkan sepenuhnya aksi di laman sendiri yang dihadiri lebih 40,000 penyokong skuad Naga Emas untuk membawa bekalan tipis sebelum final kedua di Stadium Rajamagala, Ahad ini.



 

Rafaelson menjaringkan dua gol pada minit ke 59 dan 73 sebelum Thailand kembali merapatkan jurang kedudukan menerusi Chalermsak Aukkee pada minit ke-83 untuk menjadikan kedudukan 2-1 -hingga wisel penamat- kemenangan buat skuad kendalian Kim Sang-sik itu.

Untuk rekod, sepanjang berkhidmat dalam liga utama Vietnam, pemain berusia 27 tahun itu telah beraksi dalam 93 perlawanan dengan telah menjaringkan 64 gol dan 13 bantuan jaringan sejak September lalu.

Advertisement

Must Watch Video