Pemain tengah Osaka, Muhammad Abu Khalil, ingin menggunakan sebaiknya pengalamannya di Jepun bagi memperkuatkan Harimau Malaya menjelang Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 nanti.

Dia yang menyertai kelab Jepun itu secara pinjaman dari Selangor merupakan antara tiga pemain yang dipanggil berkelana di luar negara termasuk Fergus Tierney (Chonburi) dan Endrick Dos Santos (Ho Cho Minh City) untuk menyertai kejohanan dwitahunan itu.

Malaysia akan membuka tirai aksi pertama menentang Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Ahad depan.

"Saya sangat bersyukur selepas dipilih untuk pasukan kebangsaan. Ia adalah impian saya bermain untuk skuad negara saya.

"Saya ingin menggunakan pengalaman yang saya peroleh setiap hari di Osaka dan di kampung halaman saya di Higashi Osaka untuk beraksi dalam Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024.

"Saya juga akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan nama Osaka dan Higashi Osaka dikenali secara meluas di seluruh ASEAN.

"Saya akan meninggalkan pasukan ketika aksi playoff ke J2 (Liga Dua Jepun), tetapi saya yakin rakan sepasukan saya pasti akan menaiki divisyen. Hati kita akan sentiasa menjadi satu, terima kasih." katanya menerusi laman rasmi Osaka.