BOLA SEPAK MSIA

Piala AMEC: Misi pertama tak terlaksana, Stuart Wilkin tekad perkemas aksi bersama Harimau Malaya

Shaiful Shamsudin 08/12/2024 | 13:07 MYT
Harimau Malaya tiada cara lain lagi melainkan segera memperkemaskan corak permainan sekiranya berhajat untuk melangkah jauh dalam kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC ) 2024.
Akur bahawa misi pertama skuad negara tidak tertunai berikutan diikat 2-2 oleh pasukan di ranking ke-180 dunia itu sambil memerlukan penyudah Fergus Tierney ketika berkunjung Phnom Penh, sebentar tadi.
Penjaring pertama skuad negara, Stuart Wilkin, yang dilakar dalam separuh masa pertama -- enggan melatah apabila berikrar bahawa dia dan rakan sepasukannya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk memahami acuan Pau Marti VIcente sebelum pertemuan dengan Timor-Leste bagi aksi Kumpulan A yang seterusnya.
"Kami sedar ini akan menjadi perlawanan getir di depan sorakan padu penyokong di Kemnboja.
"Ia menjadikannya sukar buat kami, pujian buat Kemboja.
"Baik mahupun buruk, kami datang untuk menang tetapi tidak kesampaian. Setidak-tidaknya kami tidak kalah.
"Sudah tentu satu mata ini penting dan kami perlu segera perbaiki (prestasi), kata pemain tengah yang mencetak gol ketiga bersama skuad kebangsaan itu.
#Harimau Malaya #Piala AMEC #Piala ASEAN,
;