Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Misi Harimau Malaya ke separuh akhir, ayuh ramai-ramai ke SNBJ!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Susulan kemenangan Thailand semalam, Harimau Malaya masih berpeluang ke peringkat separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 apabila perlu menewaskan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat ini.

Peluang kedua tersebut harus digunakan sebaiknya oleh anak buah Pau Marti Vicente demi menggalas tanggungjawab membawa misi negara ke pusingan seterusnya.

Tiada jalan lain. Skuad kendalian Pau Marti Vicente harus menewaskan pasukan di ranking ke-161 dunia itu dalam aksi 'hidup mati' dan menjaringkan gol sebanyak mungkin tanpa kerap dibolosi.

Kelebihan bermain di tempat sendiri menjadi potensi terbesar juara Pestabola Merdeka 2024 itu untuk mengalahkan pasukan bimbingan Tsutomu Ogura.

Setakat kemas kini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebanyak 4,138 keping tiket telah terjual bagi menyaksikan pertembungan dua seteru itu.




Sokongan peminat tempatan dan kekuatan semua diperlukan skuad kebangsaan untuk menumpaskan Singapura.

Mari ramai-ramai penuhkan SNBJ Jumaat ini!

Dapatkan tiket di bit.ly/TiketAMEC24 sekarang!

Advertisement

Must Watch Video