BOLA SEPAK MSIA

Piala AMEC: Menghitung hari bersama Harimau Malaya, Pau Marti pastinya dambakan kenangan manis

Shaiful Shamsudin 20/12/2024 | 04:07 MYT
Ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente, menyeru pemain ke-12 agar turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Harimau Malaya memerlukan kemenangan ke atas Singapura untuk mengiringi Thailand sebagai naib juara Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC).
"Tolong datang dan sokong pemain-pemain ini, mereka sedang berjuang untuk negara dengan jiwa dan raga mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Malaysia Boleh," ciapnya di X.
Selepas mula mempamerkan prestasi meyakinkan ketika bertemu Thailand, sentuhan jurulatih dari Sepanyol itu akan terus ditagih bagi memacu skuad negara mengecewakan musuh tradisi dari Seberang Tambak itu.
Malah, ia juga mungkin menjadi aksi terakhir Vicente bersama skuad kebangsaan sekiranya terkandas memandangkan perlu mengosongkan kerusi panas itu kepada Peter Cklamovski.
Kelmarin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Vicente kekal mengemudi negara sekiranya Harimau Malaya layak ke final biarpun Cklamovski akan memulakan khidmat pada awal tahun.
#Harimau Malaya #Piala ASEAN #Piala AMEC
;