Piala AMEC: Lima tonggak utama Harimau Malaya terlepas aksi bertemu skuad Gajah Perang

Ammar Hakim
Disember 14, 2024 11:35 MYT
Skuad Harimau Malaya tanpa lima tonggak utama menjelang pertemuan dengan Thailand dalam aksi peringkat kumpulan Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 menjelang pertembungan dengan Thailand malam ini.
Stadium Rajamangala bakal mempertemukan Malaysia berdepan Thailand bagi aksi ketiga Piala AMEC, susulan skuad kendalian Pau Marti Vicente kini memperoleh satu kemenangan dan satu seri daripada dua perlawanan manakala Thailand telah meraih dua kemenangan.
Apa yang menambah dugaan buat skuad Harimau Malaya adalah mereka tanpa lima pemain utama bertemu skuad Gajah Perang.
Antaranya adalah pemain yang bersama Sabah -- Dominic Tan, Stuart Wilkin, Darren Lok, dan Daniel Ting -- yang kembali bersama kelab bagi memberikan tumpuan kepada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Kuching City esok di Stadium Negeri.
Penyerang utama, Syafiq Ahmad, yang menjaringkan gol pembukaan bertemu Timor Leste, diketepikan ekoran kecederaan buku lali.

?? 5 Malaysian Players to Miss the Clash Against ThailandThe Harimau Malaya squad will be without five key players for their upcoming match against Thailand:? Dominic Tan, Stuart Wilkin, Darren Lok, and Daniel Ting – These four Sabah FC stars have returned to focus on the… pic.twitter.com/fAZo5NOi1c

— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mampukah pasukan Pau Marti itu menumbangkan Thailand di laman lawan dalam pertemuan kali ini?
Saksikan perlawanan menarik ini di Astro Arena saluran 801 dan Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan jam 8.30 malam ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
#bola sepak #Thailand #Harimau Malaya #Piala AMEC #Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC)
;