PIALA ASEAN

Piala AMEC: Liga masih berjalan, persediaan singkat, tiada perlawanan persahabatan. Tidak normal buat saya -- Pau Marti

Saufi Tahir 10/12/2024 | 04:48 MYT
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, tidak mahu menjadikan isu kekurangan pilihan pemain memandangkan saingan liga masih berlangsung sebagai alasan untuk melakar kemenangan berdepan Timor-Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.
Jurulatih berusia 41 tahun itu tidak memandang rendah terhadap lawan walapun terdapat jurang besar dalam kedudukan ranking sebaliknya komited untuk memberikan aksi terbaik untuk meraih tiga mata.
"Saya gembira dapat kembali di SNBJ lagi sejak September, banyak memori ketika itu. Setiap lawan akan memberikan cabaran, kami beraksi di laman sendiri jadi kami perlu tonjolkan karakter. Kami mahu fokus dan lakar kemenangan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semua pemain dalam keadaan baik, tidak semua pemain tersedia dengan saingan liga masih berjalan. Semua perkara ini tidak normal bagi saya. Kami akan gunakan pemain yang ada dan bersedia.
"Persediaan agak pendek, tiada masa untuk berlatih dan tiada perlawanan persahabatan. Perkara ini bukan perkara yang idea, tetapi pemain dan barisan jurulatih sudah bersedia dengan motivasi yang tinggi.
"Perlawanan esok sangat penting, ini bukan perlawanan persahabatan dan ini adalah kejohanan dan kami mahu memperoleh tiga mata." katanya dalam sidang media praperlawanan di SNBJ sebentar tadi.
Sebelum ini, Malaysia sekadar meraih satu mata dalam perlawanan pertama Kumpulan H ketika berdepan Kemboja selepas terikat 2-2 sekali gus meletakkan skuad negara di kedudukan ketiga dengan satu mata.
;