PIALA ASEAN
Piala AMEC: Laos hampir patahkan sayap Garuda
Kenduri gol di Stadium Manahan, Jawa Tengah, selepas Indonesia hampir dimalukan Laos hasil dari pertahanan yang longlai untuk keputusan penuh 3-3.
Ini apabila Laos terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Phousomboun Panyavong pada minit ke-9 sebelum Indonesia menyamakan kedudukan selepas tiga minit gol itu dijaringkan.
Aksi kucar-kacir belum berhenti apabila Laos sekali lagi berada di hadapan selepas pemain nombor 10, Phathana Phommathep, jaringkan gol sejurus selepas permainan dimulakan kembali.
Iklan
Hanya ima minit selepas itu, Muhammad Ferarri, berhasil menjaringkan gol kedua Skuad Garuda untuk perlawanan kembali seimbang.
Di babak kedua, Ferarri sekali lagi muncul sebagai penjaring sejurus selepas Marselino Ferdinan dilayangkan kad merah untuk mereka sekali lagi berada di hadapan.
Namun Laos tidak mahu mengalah apabila berjaya jaringkan gol ketiga mereka sekaligus berjaya mencuri satu mata di laman lawan dalam saingan kumpulan B.
Must-Watch Video