LIGA SUPER MSIA
Piala AMEC: Ketua pasukan Timor-Leste minat kembali ke Liga-M
Kemeriahan Liga Malaysia (Liga-M) menggamit Joao Pedro untuk kembali.
Ketua pasukan Timor-Leste itu tidak menolak untuk kembali mewarnai kancah bola sepak di Malaysia setelah menyarung jersi Kuala Kangsar dan UiTM itu.
"Saya sedia untuk kembali ke Liga Malaysia (Liga-M)," katanya selepas bertemu Malaysia dalam Kumpualan A Piala AMEC, malam tadi.
Dia menjaringkan gol kedua selain mencipta larian sensasi dalam gerakan jaringan pertama buat pasukan di ranking ke-180 itu, sekali gus meletakkan Timor-Leste 2-1 di depan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, Stadium Nasional, Bukit Jalil bukanlah asing baginya yang turut meledak gol dalam kelayakan Piala Dunia pada 2019.
Pemain berumur 26 tahun itu kini memperkuatkan Angkor Tiger dalam Liga Kemboja.