Piala AMEC: Kami tidak gagal, pasti juara jika turunkan pemain senior -- Jurulatih Indonesia

Najmi Iman
Disember 22, 2024 13:18 MYT
Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, berasakan pasukannya mampu merangkul kejuaraan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 sekiranya menurunkan pemain utama yang bermain dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kenyataan tersebut diungkapkan oleh pengendali dari Korea Selatan itu selepas gagal menepati ramalan ke peringkat separuh akhir apabila tewas 0-1 kepada Filipina, sekali gus mengakhiri di tempat ketiga Kumpulan B.
Begitupun, jurulatih berusia 54 tahun itu menegaskan ia adalah pentas terbaik buat pemain muda mendapatkan pengalaman berharga selain berpendapat rata-rata pemain menerima pendedahan berkualiti.
"Kamu boleh menganggap kami gagal kerana tidak berjaya ke pusingan seterusnya, namun saya menegaskan sebaliknya.

Kalah dari Filipina, Shin Tae-yong yakin bisa juara Piala AFF 2024 jika bawa skuad utama#Bolanet #bldhen #Bolaneters #TimnasIndonesia #ShinTaeyong pic.twitter.com/TiCd18z3wx

— BOLA.COM (@bolacomID) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dalam kejohanan kali ini, kami menurunkan pemain muda. Jika saya menggunakan kekuatan penuh pemain senior, saya yakin kami akan memenangi pertandingan ini.
"Bagaimanapun, pemain yang beraksi bersama Sang Garuda kali ini telah menampilkan persembahan terbaik dan menerima pengalaman yang banyak.
"Persediaan ini sedikit sebanyak menjadi persiapan buat mereka menghadapi Sukan SEA dan Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) nanti," katanya dalam sidang media selepas perlawanan semalam.
#bola sepak #Indonesia #Shin Tae-yong #Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 #Piala AMEC
;