Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Insya-Allah -- Syamer Kutty janji skuad negara bawa semangat baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syamer-kutty.jpg
Ketua pasukan, Syamer Kutty Abba, mahu semua pemain bangkit melupakan kekalahan berdepan Thailand itu untuk bersedia bertemu Singapura sebagai medan kebangkitan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Khamis depan.

Jelas tonggak utama Penang itu, dia menyeru setiap pemain mempamerkan persembahan terbaik bagi membawa cabaran negara dalam pentas berprestij itu.

"Kami berbangga dengan setiap pemain walaupun apa sahaja yang terjadi, kami tetap bersama. Semua orang bermain dengan baik tetapi tidak boleh berpuas hati kerana kekalahan.

 
"Kami berharap untuk perlawanan akhir di Bukit Jalil nanti akan membawa satu semangat yang tinggi supaya dapat mara ke peringkat seterusnya, Insya-Allah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
 

Advertisement

Must Watch Video