Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi

Shaiful Shamsudin
Disember 15, 2024 09:45 MYT
Segerombolan penyokong negara berdepan detik cemas apabila terpaksa menunggu keadaan reda sebelum dibenarkan meninggalkan Stadium Rajamangala, malam tadi.
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal walaupun pada awalnya sebilangan penyokong tempatan sudah menunggu di luar stadium.
Skuad Gajah Perang beroleh tiga mata untuk menguasai persada Kumpulan A Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 hasil jaringan tunggal Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memberitahu bahawa tiga penyokong negara tercedera tetapi semuanya dapat meninggalkan stadium.

Penyokong Harimau Malaya ‘sangkut’ dalam stadium, difahamkan mereka diserang penyokong lawan sejurus perlawanan. @FAM_Malaysia @FAThailand @ASTROARENA pic.twitter.com/qN5ccg3VQl

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Harimau Malaya #Piala ASEAN #Piala AMEC
;