Piala AMEC: Badan induk Kemboja lancar siasatan berhubung dakwaan pemain atur perlawanan
Najmi Iman
Disember 18, 2024 13:54 MYT
Disember 18, 2024 13:54 MYT
Persekutuan Bolasepak Kemboja (FFC) melancarkan satu siasatan mengenai spekulasi mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, minggu lalu.
Segelintir penyokong Kemboja mendakwa penjaga gol kebangsaan, Vireak Dara, melakukan percaturan terhadap aksi tersebut yang menyaksikan dia membuat dua kesilapan besar ketika tewas 1-2 kepada Singapura.
“Bagi semua pegawai dan pemain yang jujur dan tidak terlibat, tiada apa yang perlu dibimbangkan,” kata Panglima perang tentera Kemboja, Jeneral Sao Sokha.
??? Vireak Dara’s second costly mistake leaves Cambodia fans stunned. Allegations of match-fixing grow louder from fans. Whats your thoughts? ? _#KOF#AFFMitsubishiCup #CambodiaFootball #KingdomOfFootball pic.twitter.com/oJ35e6cipL
— Kingdom Of Football (@KOFOfficialX) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan perlawanan itu, peminat tempatanFFC menjalankan siasatan segera terhadap kontroversi itu untuk menentukan sama ada pemain itu melakukan kesilapan atau tidak.
“Saya ingin meminta FFC memeriksa dan menyiasat penjaga gol Kemboja yang sengaja melepaskan dua gol berturut-turut.
"Berapa jumlah akaun bank yang dimiliki?
"Adakah jumlah baki akaun dia dan keluarganya meningkat secara mendadak?
"Dengan membenarkan Singapura meraih dua gol merupakan 70 hingga 90 peratus (tindakan) itu daripada rasuah,” kata seorang peminat.